Untuk Perhatian Semua Guru.... Jomlah dapatkan Ijazah di UPM,Serdang

Pengenalan
Unit Pendidikan Luar ditubuhkan pada tahun 2004. Sebelumnya iaitu sejak 1998 unit ini dikenali sebagai Unit Program Luar. Unit ini mengendalikan program ijazah secara eksekutif (separuh masa), dan mengendalikan program kerjasama antara UPM dengan IPTS.
Program eksekutif ini memberikan keluwesan kepada pelajar dari segi penjadualan kuliah dan komunikasi antara pensyarah dengan pelajar.

Program ini mengambil masa selama 10 trimester. Setiap trimester mengandung 17/18 minggu seperti yang berikut :

Sesi Pertama

Kuliah                      14 minggu
Peperiksaan          1 minggu
Cuti                          3 minggu            

Sesi Kedua

Kuliah                      14 minggu
Peperiksaan          1 minggu
Cuti                          2 minggu            
    
Sesi Ketiga

Kuliah                      14 minggu
Peperiksaan          1 minggu
Cuti                          2 minggu            


Jam kontak bagi setiap trimester adalah seperti yang berikut :

Kuliah (14 minggu x 9 jam purata) *Tertakluk pada perubahan


Untuk program B.A. (Bahasa dan Linguistik Melayu) dan B.A. (Bahasa Inggeris), kuliah akan diadakan pada waktu petang dari jam 6:00 hingga 11:00 malam sebanyak 3-4 kali seminggu, iaitu pada hari Isnin hingga Khamis dan untuk Program B.A. (Bahasa Asing) – Major Bahasa Arab dan Bacelor Komunikasi, kuliah akan diadakan pada hujung minggu, iaitu pada hari Sabtu (jam 3:00-10:00 malam) dan Ahad (jam 8:00-5:00 petang). Tugasan, perbincangan dan dialog antara pelajar dengan pensyarah akan dilaksanakan melalui e-mail, papan buletin dan perisian lain yang sesuai. Semua kuliah/tutorial dan amali akan dilaksanakan dalam kampus Universiti Putra Malaysia.

Untuk memuat turun borang.....


Hubungi Kami
Azarizam Binti Ali
Penolong Pendaftar
Unit Pendidikan Luar
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
UPM Serdang
Selangor
43400

60389468808

No Response to “Untuk Perhatian Semua Guru.... Jomlah dapatkan Ijazah di UPM,Serdang”

Leave a Reply

Thanesh_Darmaraja. Powered by Blogger.