KARANGAN HANGAT UPSR 2010

FAEDAH MENABUNG

        Tabiat menabung merupakan satu amalan baik yang perlu diamalkan oleh setiap individu. Terdapat pelbagai faedah yang diperolehi sekiranya mengamalkan amalan menabung ini.
        Tabiat menabung boleh membantu kita menggunakan duit itu untuk kegunaan peribadi. Contohnya sebagai murid kita boleh menggunakan duit itu untuk membeli buku rujukan, alat tulis dan juga barang lain yang boleh membantu kita belajar bersungguh-sungguh.
        Selain itu, wang yang disimpan juga boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kita tidak perlu bergantung kepada pinjaman bank dan biasiswa sekiranya kita mempunyai duit yang mencukupi bagi meneruskan pendidikan kita.
        Justeru, kita juga boleh menggunakan duit tabungan dalam keadaan kecemasan. Sekiranya kita menghadapi sebarang situasi kecemasan, contohnya sakit, maka duit tersebut boleh digunakan bagi tujuan perbelanjaan perubatan.
        Oleh itu, menabung membawa pelbagai kebaikan. Sekiranya mengamalkan tabiat menabung sejak kecil lagi. Kita bolehlah menyimpan duit sedikit demi sedikit supaya sikit-sikit lama jadi bukit. 

No Response to “KARANGAN HANGAT UPSR 2010”

Leave a Reply

Thanesh_Darmaraja. Powered by Blogger.